Monday, February 25, 2008

Tidakkah Kau Terfikir....

* Kenapa kedai makan melayu mesti ada kucing??? Kadang-kadang, kucingnya berkurap dan berkudis tapi tiada usaha untuk menghalau kucing-kucing ini yang menggaru bulu-bulunya yang mungkin melayang masuk makanan kita. Hakikatnya, tidak semua orang gemarkan kucing sebagaimana tidak semua kucing gemarkan orang.

* Kenapa filem Tamil hampir selalu memperjuangkan cinta yang agak mustahil? Tapi cinta itu pasti akan berjaya melalui perbincangan yang mengambil masa lima minit di akhir cerita dan menjadikan semua pergaduhan yang memerlukan hero itu untuk terbang sana sini agak pointless serta kekayaan melampau bapa pihak perempuan takde faedahnya... Hakikatnya, aku tetap akan tengok juga sambil terpinga-pinga seronok

* Kenapa orang muda Malaysia lebih kenal Barack Obama dan Pervez Musharraf daripada Shafie Afdal dan Azmi Khalid? Hakikatnya, internet membuka minda kami dengan terlalu luas dan global sehingga kami hampir tidak peduli tentang yang di sini. Maka, gunakanlah internet dengan sebaik mungkin untuk menaip "Malaysia" kerana Yahoo dan Google juga ada maklumat tentang negara ini.

* Kenapa kanak-kanak di bandar tidak bermain layang-layang dan gasing lagi? Hakikatnya, PS2 yang lebih mahal tapi mungkin hanya mampu bertahan selama layang-layang dan gasing itu juga merupakan cara terbaik untuk mengunci anak di dalam rumah dan jauh dari penculik-penculik. Maka, mungkin boleh dicipta perisian PS2 yang berunsur permainan tradisional supaya anak-anak ini tahu cara terbaik untuk menerbangkan layang-layang itu dengan tinggi apabila mereka perlu berdepan situasi itu kelak.

* Kenapa di Malaysia, ia promosikan krim pemutih kulit tapi di barat, beriya pula menjual self-tanning solutions? Hakikatnya, kita hanya melihat kecantikan melalui apa yang dipromosikan oleh syarikat korporat konglomerat sebegini yang cuba memenuhi pendapat masyarakat sekeliling tentang erti kecantikan. Dalam erti kata lain, mudah benar kita terpengaruh dengan pemasaran sebegini kerana ia ditetapkan orang sekeliling kita (di Malaysia, kau cantik bila kau putih dan di barat, kau cantik bila kau tanned, padahal semuanya manusia juga). Maka, kecewalah dgn diri sendiri apabila hasilnya tidak sama dengan Fasha Sandha atau Zhang Zhi Yi tanpa melihat cermin dengan tepat untuk sedar bahawa inilah realiti dan yang terpantul itu adalah anda yang mencuba pengomersialan secara DIY.

3 comments:

Betty A. said...

*Sy knal siapa Shafie Afdal dan Azmi Khalid =)

*Skrg sudah ada Xbox Wii yg membolehkan anda melawan Roger Federer dan Tiger Woods (layang-layang blom ade lg)

*Lihat saja ilan-iklan syarikat kosmetik. Hampir semua memilih wajah Pan Asia sbg model dr Malaysia. Kenapa tidak wajah Melayu asli ditampilkan? Hakikat nya...sy berkulit tan. heheheh

cayalah cikgu!!

sd. said...

syabas pemikiranmu sahabatku.spt yg aku katakan semalam, aku bangga mendapat rumate spt kamu. yg berkejar ke bookstore utk membeli buku setelh mendapat habuan elaun beribu-riban.

syabas he~

uranus said...

hehehe...ana..visit my blog..www.freakmie.blogspot.com