Saturday, September 08, 2007

Ini Ke?



Saya berasa simpati dengan pakaian yang terpaksa dikenakan oleh setiap ketua negara yang menghadiri Persidangan APEC 2007 di Sydney.

Memandangkan Australia mungkin tidak mempunyai pakaian rasmi atau kebangsaan yang boleh dibanggakan, mereka mengambil keputusan untuk menjadikan pakaian yang dikenali sebagai "driza-bone coat" atau "outback raincoat" sebagai baju rasmi semasa sesi mengambil gambar pada hari kemuncak persidangan. Kalau anda sukar untuk melihat gambar yang kecil itu, bayangkan saja baju hujan berwarna kelabu dengan calitan warna-warna bernama eksotik seperti "eucalyptus green" pada kolar dan saya rasa anda boleh mendapat imej yang saya cuba katakan ini.

Teman-teman serumah memang sudah lama tertunggu-tunggu untuk melihat baju kebangsaan Australia kerana kami jelik mendengar komen pembaca-pembaca berita dan komentator yang menyatakan "Owh, pastinya pakaian rasmi kami tidak akan kelakar seperti baju China atau Vietnam"... Hurrrrrmmmm... nampaknya, Australia kalah besar kali ni. saya rasa bukan hanya kami yang bukan warga Australia sahaja yang rasa "baju rasmi" tu merupakan lawak terbaik yang Australia pernah lakukan pada tahap antarabangsa. Kiranya, inilah lawak antarabangsa dalam erti kata sebenar...




Tapi Perdana Menteri Canada (gambar di atas) berjaya pula tampil kacak dalam baju yang berjaya dalam misi untuk menenggelamkan hampir kesemua delegasi lain (ye, sultan hassan al-bolkiah juga tidak segak dalam kot ni). Saya rasa mungkin sebab dia mengenakan topi "koboi" yang berkesan dalam mengurangkan kejanggalan "outback jacket" itu.

Jadi, lain kali jangan gelakkan negara orang lain. Walaupun negara mereka mungkin tampil kurang "maju" berbanding negara anda, sekurang-kurangnya mereka tidak perlu pening kepala untuk memikirkan perkara yang tampak kecil tapi membawa impak besar ini.

batik... owh.. batik... nasib baik, kami ada batik :p

6 comments:

BETTY A. said...

gambar Pak Lah ade tak pkai outback coat tuh? heheheh

Khairun Nisa said...

kite ade batik, songket, kain pelikat , erm, t-shirt pangkor..

heheh

Nina Samad said...

ye, betul tu cik khairun nisa...

plus, baju melayu kite yang datang dalam bentuk cekak musang atau baju melayu johor pasti membuatkan mereka sume tampak kacak dan bergaya... kalau ada wakil wanita, pasti nampak anggun, dalam kebaya, kebarung, baju kurung... *mengeluh* tula, betullah, janganlah mempersendakan negara lain, kan... sultan hassan al-bolkiah pasti kacak bergaya dalam baju melayu ;)

soyasofya said...

i second the thought! haha.. mmg x tahan.. one of my classmate (budak oz ) siap komen, 'since when is a raincoat our traditional dress?' i cudnt help but gelak skali.. so pls la, bg la colourful sket.. name pon group photo.. hayy..

ah^kam koko' said...

Hopefully when Malaysia becomes the host, they wont force people to pakai baju batik macam IPBA punye...
=D

Nina Samad said...

jarod, kalo batik ipba pon takpe ok, dari pakai baju ujan ni...