Aku kagum dengan seorang lelaki. Kekaguman itu lahir kerana dia seorang yang sangat lain daripada apa yang disedari. Ya, aku mungkin tidak kenal lelaki yang boleh kugelar "datuk" itu secara peribadi tetapi kekagumanku lahir dari kaca mata lain dan bacaan sendiri. Seorang lelaki yang tidak takut jeriji besi dan tidak endah dengan umpat caci.
Aku kurang bertuah kerana tidak dapat hidup dalam era penulisannya yang gigih, aku kurang bertuah kerana tidak dapat merasa sendiri perjuangan pena dan prinsip... Tapi aku sudah cukup, cukup bertuah kerana mataku masih mampu melihat di sini kerana adanya lelaki berani ini.
Untuk seorang lelaki yang telah melalui seribu satu cerita semasa hidupnya, perginya tidak menandakan berakhirnya kisah tersebut tetapi tanda bermulanya satu babak baru, dituruti sebuah eulogi untuk mengingati dan menghargai.
Untuk A. Samad Ismail yang telah kembali ke rahmatullah pada 4 September 2008.
Sunday, September 07, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
fastin is ggod for health.hehe
agreed ;)
Post a Comment